topbella

Monday, November 29, 2010

Bila Ummi Mula Bersuara

Bismillahirahmanirahim....

Salam.. cerpen ni bukan karya ana... dulu seorang sahabat sarankan ana bukan satu portal muslimah, kalau tak silam hanan.com... bila intai punyai intai balik ana terjumpa cerpen yang pernah menjentik hati wanita ana.. alhamdulillah ana pautkan dalam blog ini, untuk kita semak dan muhasabah diri bersama... insyaAllah.

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.

Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.
Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Friday, November 26, 2010

Semoga Diriku juga INSAF

Aku melihat dia
Dia juga memandang aku.
Sesaat kita bersuka
Makin berdosalah aku....

Waktu terus berlalu
Perasaan mula sering terburu
Bila di sergah...
TER insaflah malu...
Melutut...tunduk sayu
Awal-awal lagi ibumu berpesan
JANGANLAH kita mencari perhatiaan manusia
Bukan manusia menciptakanmu...

Janganlah juga ikutkan nafsu
kelak yang untung rakan HANTU..

Habis salah siapakah labu???

Lets now watch our kalbu
Nilailah akan ia kembali..

Jangan kerna mengejar keseronokan
Kau derita yang berpanjangan...

Untung sabut bagi yang FAHAM
Sedar ia yang mana nama ketentuan
insyaAllah teruskan redo..

Sahabat..
sayangi diri ...
INGATLAH ALLAHU RABBI
By Measuring back Imanku dan Imanmu

Search for our strength to cover up our weaknesses
our life so long.. Do not waste of your time anymore

Majulah ke jalan kebahagiaan
InsyaAllah, berharaplah IMAN ISLAM di hati kan terus kekal
Impikan syurga tertinggi matlamat nyata..

Akhirnya..
Nasihatlah diriku dan teman-temanmu
Everywhere
Every Destination
Every people of the world

As Sunnah JANGAN dilupakan
Al Quran PASTI jadi teman setiamu
Doa dan Bertawakal amalkan selalu
Life must go on
But, by ISLAMIC way ONLY yang kita mahu

Amin Ya Allah ya Jabbar
SubhanaAllah
Allamdulillah
Allahu Akhbar

Thursday, November 25, 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia.......

Tolong Beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong Beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA..
Tolong Beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku
lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku
lebih dari dia mngingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku
lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga

Tolong Sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabar pada si dia
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia
jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Wednesday, November 24, 2010

Warkah Buat Calon Suamiku

Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad saw, kekasih istimewa....

Assalamualaikum. Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya...

"Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita Solehah!! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkna pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu. insyaAllah...

Calon zaujku....

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan oleh ummi dan ayah. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan  apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud,

"dan diantara tanda-tanda kekuasaan NYA ialah Dia mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa kasih sayang." ( Surah ar Rum)

Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah bahawa keluargaku bukan dari keturunan ternama. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan ayahanda Nabi Adam saw dan Bonda Hawa as.. sama sepertimu...

Kecantikkan, itulah pandangan setiap insan. Malah, aku yakin kau juga tidak terlepas seperti insan lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daropadaku, kau telah tersalah sangka. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah ku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Calon suamiku yang kuharapkan semoga mendapat keredhaan Ilahi,

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakan dakwah Islamiyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membnagunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kearah jihad hambaNYA kepada pencipta yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan sebagai risalah demi meneruskan perjuangan islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentukl usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita.

Calon suamiku yang dirahmati,

Inginku berbicara mengenai pemberianmu kepada ku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantara bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah kalam mulia, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap deen Allah ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoret warkah ini. Cukuplah dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan menitip lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wasalam...

Friday, November 19, 2010

Mencari Cinta Sejati

Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachement dr seorg teman... semoga terdetik sst di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya... " Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu... " Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau impian
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

Wallahu'Alam...
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT... Wassalam...

aku dan sesuatu dlm hidupku...hidupku hanya untuk sesuatu...usahaku utk mencari sesuatu...agar sesuatu itu menjadi milikku..yg pasti menjadi satu

Kisah Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145
Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan
bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi
s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin
Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah
s.a.w.

Setelah berkahwin dengan  suaminya,
beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.
Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat
kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa
sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud
menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al
Quran.

Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya.
Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan
dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga
Allah dan sangat takut dengan syurga Allah.
Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan
suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan
melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan
Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita
yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir
zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya
adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh.
Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat,
sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu
mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu
di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu
dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang
sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita
yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah
Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang
menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat
meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat.
Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi
yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya.
Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak
wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah
jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak
yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu
Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya.

Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak
dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah
Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.
Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik
dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu
Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak
perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan
berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah
menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di
hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya.
Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang
telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu
menceritakan segala-galanya.

Air wudhuk Sayyidah Nafisah
yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar
untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah
dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu
mendengarkan hal yang sangat ajaib itu.

Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata:
"Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu
Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah
Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi.
Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu
kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan su
aminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut
melihatkan anaknya telah boleh berjalan.

Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub
menadah tangannya lalu berkata:
" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau
sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri p
etunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi
Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka
kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi
kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah
Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat
menyentuh perasaan bagaimana dengan air
wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan
berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah
dengan kehendak Allah jua. Sayyidah adalah seorang
yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang
lain.
Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak
1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya..
Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir
miskin sebelum sempat memasuki rumahnya.
Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak
diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya
disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya
sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang
membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah
dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya
sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu
adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan
kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang
yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya
diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk
dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan
kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal
dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya
kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi
wanita akhir zaman ini.

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang
menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah
akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih
Muslim)

Moga Ada Manfaat

Wednesday, November 10, 2010

Berlalu Pergi

Bismillahirahmanirahim.....
14:26 pm
Rabu 10 November 2010

Manik-manik jernih kian murah menaburi mata sejak kebelakangan ini. Atas sebab apa, alasan apa, siapa, sukar tuk di terjemah... Menanti suatu jawapan yang aku sendiri tak pasti mana penghujungnya.

Sakit, perit, pedih bergumpal menjadi satu rasa yang sukar tuk di fahami... Sabar la hati. (istighfar lagi)

..........................................................................

Bumi Cinta akan ku tinggalkan jauh menjadi tinggal kenangan... Hah, lagi airmata ini jatuh..

UiTM - Kau tetap dihati, menjadi saksi jatuh bangunku sebagai pelajar

Seri Serapi - Tetap megah berdiri meski, silih berganti yang menghuni. Akan dirindui

AM110 - Aku bangga dengan ilmu duniamu.....

Kuching - Simpan rahsiaku baik2. Bumi Cinta Kuching menjadi saksi. Tembok Piano jadi sejarah.

.................................................................

Seorang sahabat bertanya:

"dyg..kau dah puaske duduk kuching....."
"tah la.... rasanya cukup. Cukup dengan kesakitan yang tak tertanggung...."
"sabarla... aku turut merasainya.. tapi..."
"meski apa yang berlaku biarlah rahsia..."
"kalau aku jadi kau, aku akan pergi semua tempat yg jadi kenangan..."
"untuk apa? kalau sekadar menambah kesakitan yang kian sakit...."
"Bila agaknya Bumi cinta Kuching akan kita jejaki semua?"

Soalan di biarkan berlalu tanpa jawapan.

............................................................

Aku akan pergi tinggalkan semuanya berkubu di bumi cinta kuching.... nanti aku akan kembali mengimbau kembali kenangan itu biar hati yang luka baru sembuh akan tercalar lagi....

Tembok piano - teguh la engkau. Engkau lambang kesabaranku

The spring - terima kasih sediakan ruang untukku merasai sedikit kegembiraan yg tak terhingga

S.P - satu2nya tempat yang penah menyelamatkan aku

Pantai Puteri - disini aku di ajar tentang kepayahan bertukar kesenangan

Pizza Hut - Saksi sebuah kebetulan...

Tun Jugah - hush puppies

Satok - pemerhati sebuah PERTOLONGAN

Sajian Kampung - Bihun Keluang..

Bombay Masala - pertama dan terakhir tapi membahagiakan

Pasir Pandak - Rahsia kian terungkap meski menyakitkan

Planet Sambal - Kau kenangan terindahku

SCR - mekar yang kian layu

Chilli pappers - Aku akan ditinggalkan

ADM - memang terbaik

Warung 2000 - Setia bersama suka atau duka

Kem Tentera Semenggo' - Dekat Dihati

Restoran 1 Malaysia - aku menyimpan satu rahsia dan kesedihan yang kian menyiat hati.

Padungan - medan meraih sekelumit kegembiraan dan erti hidup

Masjid Jamek Kuching - Sejenak bertafakur

Masjid India - memang  bermakna... segar dalam ingatan

Surau Petronas - izinkan aku lepas kepenatan menghadap menyembah Sang Pencipta

..........................................................

Memang hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Anggaplah ia sebagai ujian hidup yang mendewasakan kita.. jika tiada ujian, kita takkan tahu kita di tahap mana.

Kuat atau lemah ????

Sesungguhnya setiap kejadian adalah di atas kehendakNYA. Qada dan Qadar.

Percayalah... setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Mungkin tidak sekarang tapi akan datang...

...........................................

Kini, jalanilah hari-harimu dengan langkah berani, sabar, tabah. Jika itu yang terbaik untuk diri, keluarga dan agamamu, pasti Allah akan kembalikannya padamu... dengan satu janji hanya dengan  SABAR. InsyaAllah kemenangan pasti kau perolehi...

SABAR... SABAR.. SABAR..

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....