topbella

Monday, February 28, 2011

Dekatkanlah jika WAKTU menghampiri

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah.. KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sungguh, diriku tak mampu menahan dugaan yang saban hari meresahkan hati. Kalau, sekali dua mungkin boleh ku anggap sebagai gurauan… tapi seandainya berlanjutan, mampu menimbulkan persepsi yang silap di sudut pandangan orang di sekelilingku… Ya Allah, bantulah aku…

Keadaan di bilik guru menjadi riuh, bila kaki ku menginjak masuk. Tah apa yg mceriakan keadaan aku sendiri tak pasti.. Tapi, aku menjadi semakin pelik,bila setiap mata yang memandangkan ku dengan pandangan yang benar2 meresahkan hati… Mengapa???? Ya Allah… aku takut dengan situasi ini…

Maaf, buat adam2 yang sama2 mendidik anak watan…
Sungguh aku menghormati kalian atas dasar sahabat sekerja
Jangan jadikan aku bahan omongan sesama kalian…
Hormati aku sebagai wanita, jika muslimah tak selayaknya untukku..
Aku takut dengan butir bicara kalian, gurauan senda dikalangan kalian
Meski aku diam, namun telinga ku tangkas menangkap bait-bait bicara kalian.
Jangan adam… jangan….. Ya Allah, jauhiku dari mereka

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

Wednesday, February 23, 2011

Aku Cuma........

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Tuesday, February 22, 2011

Berkati Usiaku Ya Rabb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar… Buat diri ana jua…hamba yang kerdil disisi Allah swt.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah. Masa untuk kita merenung kembali, sejauh mana kehidupan ini dibawa.
Berbicara tentang muhasabah…

Ya Allah, ku panjat rasa penuh kesyukuran pada-MU
Atas nikmat usia yang KAU limpahkan. Alhamdulillah
Menginjak pertambahan usia… seketika diri ini merenung kembali
Hakikat kejadian manusia tercipta…
Aku dilahirkan sebagai hamba-MU, dalam ISLAM
Adalah untuk menghambakan diri kepadaMU,

Semakin bertambahnya usia… ku jentik diri dengan bait-bait suci;

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

Ya Allah, hambaMU ini tidak bangga dengan nikmat usia yang KAU izinkan. Tapi aku takut Ya Rabb… kerna dalam kelemahan imam, pertambahan usiaku akan membuatkan… bukan pahala yang ku kumpul tapi murka-MU banyak ku himpun… Astaghfirullah al azim…

Ya Allah, aku mohonmu, KAU pegang hatiku agar jalanku tetap lurus dan kembali menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas iaitu memperhambakan diriku hanya kepada MU.

Ya Allah, ku sedar bahawa manusia itu bersifat lupa tatkala diberi nikmat, tatkala di uji dengan pelbagai cobaan yang menggoyahkan iman, tapi… manusia sombong termasuk aku Ya Allah, untuk bersimpuh memohon pertolonganMU, merasa diri lengkap sempurna , kuat berkuasa… lagi manusia lupa.. dan aku jua lupa bahawa hakikatnya , aku atau manusia lain tidak punya daya jika bukan DIA atau ENGKAU mengizinkannya.

Ya Allah, KAU berkati pertambahan usiaku… tuntuni jalanku, limpahkan segala rahmat dan redhoMU pada amal dan ibadatku sepanjang usiaku yang lalu dan yang telah bertambah ini.

Aku mohon Ya Rabb.. payungi kesejahteraanMU buat sepanjang perjalananku sebagai hambaMU yang hina ini. Alhamdulillah… atas nikmat usia ini. SubhanaAllah

Monday, February 21, 2011

PERALIHAN....

Bismillahirahmanirahin

Peralihan oh peralihan... sekarang ana benar2 berada dalam fasa peralihan...
kebetulan pula kena mengajar pelajar2 di dalam kelas PERALIHAN... kelas peralihan merupakan kelas yang menggabungkan pelajar2 yg lemah dlm Bahasa Melayu... jd kesimpulannya.. kebanyakan anak2 baru ana terdiri drpd plajar berbangsa cina...

Hari pertama masuk ke kelas.. seminit dua pelajar terdiam sebentar... pelik.. rupa2nya di kepala mereka ligat dengan pelbagai soalan...

Dalam kusyuk ana mengajar mereka.. tetiba seorang pelajar mencelah...

"Cikgu.. cikgu ade rambut ke?"
"Kenapa cikgu pakai tudung panjang? tak panas ke?"
"Cikgu dah ada buah hati? Cikgu bila mau kawin?"
"cikgu,kami mau cikgu ajar kami, hari2 kami boleh tgok muka cikgu?"

Ana cuma geleng kepala.. mengajar kelas peralihan sama maknanya mengajar budak2 yang baru masuk ke darjah satu.. Tapi, ana ambil tugas ini sebagai amanah yang perlu ana pikul dan laksanakan sebaik mungkin. Memang berat rasanya mengajar budak2 yang berada di sekolah menengah tapi masih merangkak untuk membaca apatah lagi yang langsung tak boleh membaca dan mengeja...Ya Allah mudahkan urusanku.

Ya Allah, KAU terangi hatiku dan anak muridku.. agar diterangi hati agar kami sama2 lurus dalam ilmu dunia yang kami pelajari dan cari. Ya Allah, kau limpahkan kefahaman kepada anak2 didikku, agar mereka faham segala lisanku.. Amin Ya Rabb...

Moga esok, lebih baik dari hari ini.. dan hari2 mendatang menjanjikan kesejahteraan buat semua. insyaAllah.

Sunday, February 20, 2011

Cerpen: Riak Berkocak Di Sungai Baram

Sungai mengalir dengan warna kelazimannya yang berkelodak coklat. Arus agak deras sejak dua, tiga hari ini setelah hujan turun dengan lebatnya di hulu. Akam Ipoi tercanguk merenung masa depan dan masa silam di sebalik kocak air yang membedal segala batu-batu di tebing sungai Baram yang banyak menyimpan pelbagai kisah duka dan gembira. Rentetan hidupnya kian coklat seperti warna pekat air sungai itu. Hatinya kian resah. Sungai Baram kini menjadi lubuk beracun kepada spesis-spesis ikan yang suatu dulu menjadikannya sebagai taman indah kayangan. Ikan belida, semah, baung dan segala-galanya sudah semakin menyisih. Hatinya resah . hatinya gundah. Kehidupan mereka sekeluarga semakin susah, semakin semput seperti angin letih bertiup. Dirinya semakin letih sekarang.

Kelmarin anaknya – Marlisa – meminta duit untuk membeli buku. Abon dan Seni yang kini dalam Tahun empat dan lima juga tidak mahu ketinggalan, juga ingin mendapatkan buku latihan, buku ulangkaji dan entah buku apa-apa lagi. Tanamannya pada tahun ini juga kurang menjadi. Buah durian banyak yang tidak mendatangkan hasil. Bunga durian yang baru mencambah, entah bagaimana menjadi santapan kelawar pada waktu malam. Hancur segala harapannya. Buah durian yang sedikit sahaja menjadi pun tidak mendatangkan pulangan yang banyak. Peraih buah hanya berani mengambil buah itu seringgit sahaja sebiji. Kata mereka buah durian kurang berharga di Miri pada masa sekarang. Banyak sangat buah yang datang dari Bekenu dan lain-lain kawasan. Akam Ipoi yang tidak tahu apa-apa itu hanya mengangguk dan bersetuju tanpa tahu hujung pangkalnya.

-Ah – Dia mengeluh. Agak keras. Suatu ketika dahulu dia agak mudah mendapatkan ikan. Tebarkan sahaja jala di sungai, pasti ada saja rezeki yang diperoleh. Kehidupan mereka di Kampung Uma Bawang ini tidak pernah makan nasi tanpa berlaukkan ikan. Lagi-lagi hanya keluhan yang menjadi bahasa dalam dirinya.

-Ah – Dia mengeluh. Agak keras. Suatu ketika dahulu dia agak mudah mendapatkan ikan. Tebarkan sahaja jala di sungai, pasti ada saja rezeki yang diperoleh. Kehidupan mereka di Kampung Uma Bawang ini tidak pernah makan nasi tanpa berlaukkan ikan. Lagi-lagi hanya keluhan yang menjadi bahasa dalam dirinya.

Hatinya tiba-tiba saja marah. Semua permasalahan tersebut berpunca dari pembalakan yang dijalankan secara tidak terkawal. Dalam sebulan ini sahaja, sudah ada tiga kem pembalakan baru yang di bina. Entah-entah dalam sebulan atau dua bulan ini, ada berbelas-belas lagi kem pembalakan akan di wujudkan.

“Semua ini untuk pembangunan. Kita perlu mengubah cara hidup kita. Jangan hanya terikat dengan tradisi. Dunia semakin moden. Hidup kita perlu moden.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata penghulu Imang kepada masyarakat kampong beberapa bulan yang lalu. Hatinya sakit. Hatinya geram. Geram dan sakit sahaja terdetik di hatinya.

Kalau isterinya – Rossa – masih hidup, mungkin kesukaran hidupnya tidak seperti sekarang. Rosa selalu mengambil upah membasuh kain. Kalau tidak pun ke Long Lama untuk menjual kuih. Ada kalanya dia membawa buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam untuk dijual disana. Namun kematian isterinya adalah kehilangan yang begitu memeritkan jiwa. Hatinya sedih. Pedih. Isterinya lemas apabila tergelincir ke sungai dan kepalanya terhantuk pada batang kayu yang berceracak di tebing sungai itu. Semangat Akam Ipoi pun turut mengalir bersama sungai yang melemahkan urat sendinya.

-Ah- Rosa- rezeki semakin menyempit sekarang. Sungai sudah tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjadi tempat mencari rezeki. Usong- anak sulong kita, katanya ingin membantu abang. Dia mahu mencari kerja. Tapi dia tidak mahu bekerja kampong. Dia telah mengikut kawannya; mencari kerja, entah kerja apa. Abang kurang pasti, pekerjaan apakah yang sesuai dengan kelulusannya yang hanya tamat tingkatan lima dengan kelulusan yang tak seberapa???

Akam Ipoi termenung. Angin petang mencuri-curi untuk menyelinap di celah-celah bajunya. Udara kesegaran kampong semakin hilang. Udara di situ hampir sama dengan keadaan di kota. Mana tidaknya. Kilang kauiri, banyak yang dibina di sekitar kampong mereka. Banyak gua-gua kecil yang telah di letupkan, mungkin ini juga, salah stau punca mengapa binatang buruan semakin pudar didapati. Dia bergumam sendirian.

Akam Ipoi meninjau-ninjau di tebing sungai. Dia menanti perahu Usong. Adakah usong telah mendapat pekerjaan. Ah, jangan terlalu mengharap. Bukan senang untuk mendapat pekerjaan sekarang. Bagaimana kalau Usong ingin bekerja di Miri? Bagaimana? Bagaimana? Dia menimbang nimbang kemungkinan itu. Bukankah generasi sekarang suka bekerja dan tinggal di Bandar. Hanya orang-orang tua seperti mereka sahaja yang tinggal di kampong. Rumah-rumah panjang yang telah di bina sejak dahulu kini terasa hilang seri wajah mereka ; golongan tua kerepot yang hanya layak tinggal disitu.

Kerlingan matahari sudah kian menghilang di celah- celah pohon menjadikan situasi di tepi sungai itu kian redup. Sungai tetap mengalir dengan kecoklatannya. Namun kanak-kanak kecil berlari riang di situ. Beberapa orang kawan mereka berlompatan dan membuat pusingan di udara hingga akhirnya memercikkan air ke tebing. Mereka bergelak gembira. Mereka seolah-olah sudah biasa dengan sungai yang berkelodak itu tanpa perasaan jijik. Akam Ipoi merasakan, hanya orang tua sepertinya sahaja yang merasai kesannya. Sewaktu usianya seperti mereka, dia juga bermandi riang di pengkalan itu. Tapi kilau airnya tidak seperti sekarang. Pada waktu itu, dia, Rosa bersama rakan-rakan mereka menyelam sambil menangkap ikan. Semua itu sudah menjadi permainan kepada mereka. Tapi sekarang, Akam Ipoi sedar, aktiviti sedemikian tidak mungkin dapat di laksanakan oleh kanak-kanak pada zaman kini.

Di tengah-tengah keriangan kanak-kanak itu bermandian sambil bermain pasir. Akam Ipoi melihat kelibat Usong sampai berperahu dengan enjin kuasa lima kudanya. Perahu itu bertut-tut-tut perlahan menghampiri tebing. Akam Ipoi melihat senyuman tergaris di wajah Usong yang kian berbalam sejak dahulu menolongnya berkebun. Dia mengharapkan Usong membawa perkhabaran gembira kepada mereka.

-Ayah- Usong dapat kerja. Mulai esok, usong akan bekerja di Kem Balak. Akam Ipoi tidak terkata. Dia mengangguk terpaksa. Usong gembira dan menyalami ayahnya dan terus berlalu.

Akam Ipoi terus membatu di atas batu di tepi sungai. Anggukan sebentar tadi seakan-akan telah mengkelodak sungai jiwanya alam kehidupan, alam memori dan khazanah yang sudah bersebati dengan dirinya akan terpancas dengan keputusannya.

-Rosa-Abang terpaksa. Kegetiran menyebabkan abang terpaksa memilih keputusan ini.
Sekali lagi Akam Ipoi bergumam dia terus duduk di situ melayan rasa. Hari ini, sungai mengalir dengan kelodaknya.

Esok .. pelbagai gambaran buruk yang mengambang di benaknya. Namun dia pasrah. Dia menyerah dan kepada yang Maha Kuasa dia berserah. Moga esok hari semakin cerah…

P/s buat pembaca blog ana, kisah yang ana nukil ini berlatar belakangkan kehidupan masyarakat terpencil yang tinggal di pesisir sungai Baram, yang berkedudukan di hulu pekan Marudi... suku kaum bumiputera sarawak yang dihimpit dengan permasalahan kehidupan dek tenggelam oleh arus pemodenan dan pembangunan, hidup dlm ruang lingkup kepayahan hidup lantaran kurang ilmu pendidikan dan tinggal jauh dari pekan apatah lagi hiruk pikuk kota....

Sunday, February 13, 2011

Suara Hati

Suatu yang indah
ceritanya bermula semalam
andainya dapatku rasa selamanya....

Tetapi ku tahu tidak mungkin dapat ku miliki
Walau hadir hanya bagai mimipi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku pada Mu Tuhan
Pasrahku hanya Kau yang tentukan....

Pun, tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku adalah aku dan Kau Allahu Rabbi

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar Dukaku yang berdarah luka

Wednesday, February 9, 2011

Bicara Guru

Gemilang sekolah tercinta
Membentuk kecemerlangan pelajar
Berdiri megah Bumi Kenyalang
SMK Telang Usan

Usaha Jaya cogan katanya
Berusaha penuh iltizam
Berkorban masa dan tenaga
Bangkitlah perwira perkasa

Teguhkan Disiplin
Tanpa putus asa
Sejarah gemilang Pasti tercipta

Berganding bahu bekerjasama
Pelajar cemerlang sekolah gemilang
Menuju Falsafah Pendidikan Negara....

Bismillahirahmanirahim

Rasanya, lama tak menjenguk lembaran blog ana... banyak perkara yg perlu ana dahulukan, dengan tanggungjawab yg sarat menanti untuk dilaksanakan.

09/02/2011

Alhamdulillah masuk bulan kedua bergelar warga pendidik, menyaksikan pelbagai kisah yang perlu ana lalui. Tanggungjawab yg digalas kadang2 terasa tak tergalas... apa perlu ana buat, adakah perlu tanggungjawab cuma dijinjit, diheret namun jawapan PASTI dukunglah tanggungjawab itu, kerana anak-anak muridku umpama anak2 dan adik2ku, yang merupakan tanggungjawab untuk ana didik dgn sempurna. InsyaAllah.

Minggu pertama menjejak kaki ke sekolah, ana di amanah untuk mengajar kelas yg rata2 dikalangan anak didikku yg amat digeruni oleh guru2 dek kerana kenakalan dan masalah disiplin mereka. Dengan doa dan tawakal, jua psiapan serta prancangan rapi yg ana buat sebelum masuk ke kelas mereka... alhamdulillah semuanya berjalan lancar, apa kekuatan yg ana ada, ana sendiri xpasti..guru2 menjadi pelik.. tugasan yg ana beri semua disiapkan, kelas berjalan dengan tenang dan lancar tanpa sebarang gangguan.. Alhamdulillah atas kemudahan yg ana lalui. Syukur....

Buat rakan2 guru dan anak muridku tak terlewat rasanya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina...

Sebelum dan selepas Tahun Baru Cina, meja ana dihiasi dengan buah limau mandarin.. Terima kasih buat anak2 didikku yg  tak habis2 jamukan ana dengan buah limau mandarin... terharunye...

Apapun... jasa warga SMK Telang Usan amat ana hargai dan sentiasa terpahat dlm ingatan ana.

Sekian......

P/s SMK Telang Usan terletak di bahagian Miri, iaitu utara Negeri Sarawak. Namun sekolahnya adalah bukan berada di kedudukan pusat bandar tapi di salah satu daerah Miri, iaitu Marudi Baram. Pedalaman Bandar Miri... Namun begitu majoriti rakan guru ana berasal dr Semenanjung... Selamat Berkhidmat di Sarawak meski terpaksa berada di stesen luar bandar....







Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....