topbella

Saturday, March 5, 2011

Mekar Hati

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah.. kerana detik ini masih mampu menguntum senyum, sedangkan ada insan-insan lain yang masih meruntun hiba dek ujian dan dugaan yang menguji keimanan dari Allah swt.... Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat.

Isnin 07 MAC 2011,
anak-anak murid ana bakal menduduki peperiksaan pertengahan penggal pertama.. bermakna prestasi pembelajaran dan pengajaran ana bakal dinilai.. Ya Allah mudahkan urusanku. Moga lancar semua..

Kesibukan mulai mengejar rutin harian ana...

1) Meluangkan masa yang singkat menghadiri pemilihan pendebat sekolah bagi mewakili sekolah ke pertandingan BAHAS PIALA KETUA MENTERI SARAWAK 2011.

2)mengejar masa disebelah petang melatih anak2 didik ana yang bakal mewakili sekolah ke Pesta Pantun peringkat sekolah-sekolah negeri Sarawak... Moga berjaya harapnya.

3) tergesa2 menyiapkan kertas soalan peperiksaan,minit mesyuarat yang tertunggak...

4) Mengerah idea membuat brosur/risalah untuk diedarkan ke sekolah-sekolah disekitar miri sempena Karnival Akademik yang bakal berlangsung 4-9 April 2011

5) Melatih peserta lelaki/perempuan Syarahan Agama, bagi mewakili sekolah ke Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran....

Memang memenatkan... tapi ini rezeki yang Allah kurniakan, akan ana cuba tuk galas bebanan ini meski kekadang tak termampu tuk ana laksanakan... Ya Allah, lapangkanlah dadaku atas segala hal yang mendatang... Amin. insyaAllah

Namun, dalam rancak kesibukan ada sesuatu yang benar2 mencuit hati yang membuatkan ana geleng kepala, kedu tak terkata:

1. Di dalam kelas:

Arahan : Berdasarkan petikan di bawah, nyatakan tindakan anda sekiranya perkara
tersebut berlaku.

a)Pergelangan tangan adik anda patah setelah jatuh dari basikal.

Ana, rasa soalan tersebut mudah dan jelas apa yang wajar untuk kita lakukan namun ada dua orang pelajar ana menjawab yang membuat ana sampai sekarang tergelak dan tersengih keseorangan.

Jawapan Pelajar 1: Saya akan membelikan gelang tangan yang baru untuk adik, yang patah setelah jatuh dari basikal.

Jawapan pelajar 2: saya akan membantu adik mecari gelang tangannya yang patah.

Allahu Akhbar!!!!

......................................................

Dan yang paling menggelikan hati bila ada seseorang menegur yang membuat ana tersentap dan hampir terhambur ketawa....

Dalam hari yang berasingan... ada seseorang bertanya:

1) do you want to drink water hot????

hehehehehe....

2) Miss,can you help me shut down the aircond?

hahahaha

3) Sorry mis, may i borrow your time?

astaghfirullah al azim

Memang memeningkan kepala sekejap, tapi inilah antara yang menceriakan hari2 ana meski hari penuh dengan tugas/ amanah yang perlu dipikul... SubhanaAllah..

Ya Allah...
sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk-Mu
kami buta tanpa bimbingan-Mu
kami cacat tanpa hidayah-Mu
kuatkanlah hati dan semangat kami
tabahkanlah hati kami menghadapi dugaan yang datangnya dari-Mu

Kami berjuang atas namaMu Ya Allah
kerana kami yakin janji-Mu adalah pasti
moga diri yang telah bersumpah dengan nama Allah ini
terus thabat dalam perjuangan mengembalikan keizzahan di muka bumi ini.
Ameen Ya Rabb.....

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....