Assalamualaikum wtb
Bismillahirahmanirahim …..
Ba’da tahmid dan selawat. Sebuah renungan yang tidak henti-henti atas semua nikmat yang sering terlupa untuk disyukuri. Banyak manakah rasa syukur yang diterapkan dalam amalan yang ikhlas yang kita persembahkan kepada-NYA?
Segala puji bagi Allah … semoga kita tergolong dalam hamba yang selalu bersyukur dan menuju jalan kebaikan.
“an uridu ilal islah” Semoga Allah membuka hati kita agar mampu menjalankan aturan-aturan NYA seperti mana yang dilakukan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Keyakinan bahawa semua sudah di atur oleh NYA baik maut, rezeki dan jodoh yang sudah mutlak ditulis dalam Loh Mahfuz adalah sesuatuyang penting dan mempunyai kesan yang besar dalam aturan pemikiran kita dan segala ikhtiar kita selama ini.
Ana terfikir, adakah rasa cemas ini tanda iman ku lemah? Astaghfirullah aku mohon keampunan MU bagi segala yang Engkau murkai, ya Rabbi. Semoga Allah selallu menjaga hati ini untuk tetap yakin akan kasihNYA, pasrah dan yakin bahawa semua permohonan dalam setiap sujud akan terkabul.
Aku perlu tanam keyakinan bahawa aku, dia atau kamu akan diberikan seorang teman hidup yang mampu membuat kita bahagia dan membimbing kita. Yakin pada janjiNYA untuk memberikan apa yang diminta oleh hambaNYA. Tetapi kita hanyalah makhluk yang lemah dalam segala hal. Kita tidak tahu apakah sesuatu itu baik atau buruk bagi kita. Jadi biarlah DIA yang menentukan yang terbaik untuk kita. Aku serahkan semuanya kepada-Mu Ya Rahman….
Moga dengan tinta emas-NYA mengukir sebuah cerita indah selama berada di alam fana ini yang dapat ku banggakan
Friday, October 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)