topbella

Wednesday, January 25, 2012

Muslimah itu...... adalah ???


Duhai Wanita..
Baliklah cermin dihadapanmu barang seketika. Palinglah wajahmu sejenak berkatalah di dalam diri. Engkau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan. Mendongaklah dan lihat kerdipan bintang-bintang. Sedarlah hidupmu hanya cebisan dari erti kehidupan. Selami dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa. Alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa..

Duhai Wanita..
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna. Yang seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu..

Duhai Wanita..
Salutilah tubuhmu dengan iman kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Usah merasa resah lalu menyolek diri kerana inginkan wajah lain yang lebih indah. Rasailah bangga dan bahagia dengan apa yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT..

Duhai Wanita..
Renunglah.. Resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH SWT.. Kecintaan ALLAH SWT melimpah dan melaut segenap penjuru alam.. Walaupun terkadang ada insan yang lupa pada erti kehidupan..

Duhai Wanita..
Bersihkanlah hatimu.. Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji ALLAH SWT.. Jannah itu bukan mimpi.. Dunia hanyalah sebuah pelabuhan persinggahan.. Kerana Akhirat adalah destinasi yang kekal abadi

Usah ditangisi yang bukan MUTLAK

Pesan Buat Diri dan Buatmu Uktifilllah

Wahai para gadis,cinta bukan untuk ditangisi tetapi dinikmati. Jadi apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta itu,sebab air mata yg tertumpah pada detik ini logiknya kan berterusan jika anda berkahwin dengan insan berkenaan.

Jika dia benar menyintai anda, mengapa harus dia menyebabkan anda menangis? Jika benar dia sayang pada anda mengapa harus dia mempermain-mainkan perasaan anda? Dia hanya ingin bermain/menguji anda. Tetapi anda tidak ada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah PELAJARAN/KERJAYA. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang.

Cinta suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tetapi tertawa ria. Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju MATLAMAT; sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai hari anda, ia ibarat perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat.

Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tetapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap ALLAH dan pelajaran/kerjaya kian menghilang, TINGGALKANLAH cinta itu dan binalah cinta baru.

Sebenarnya anda tak perlu tergesa-gesa membina cinta. Tiba masanya ia akan hadir sendiri. Sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.

Tidak ada sebab orang semacam anda perlu menangis, menghabiskan masa dgn tekanan emosi bercinta. Masa depan anda harus cerah, secerah masa depan yang anda predict.

Jika cinta sudah datang, sambutlah ia seadanya kerana fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi. Tidak salahnya, hanya tak usah terlalu lentok hingga banyak perkara menjadi sempit dan terbarai. Cinta harus memotivasikan kita untuk mengejar kejayaan bukan menjahanamkan kita dgn perlakuan-perlakuan sumbang.

Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri. Betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri. Sebaiknya bercintalah selepas khawin..n binalah ia berlandaskan iman yg kukuh. Bercintalah kerana ALLAH SWT.. InsyaAllah rumah tangga akan harmoni...

MUTIARA HATI YANG JERNIH


anda pernah menangis?Rasulullah jgk pnh menangis.
anda pnh brsedih?Rasulullah jgk pnh brsedih.
anda pnh brkahwin?Rasulullah jgk brkahwin.
anda pnh jd ketua keluarga?Rasulullah jgk jd ktua kluarga.
anda punya anak?Rasulullah jgk ada anak.
... anda pnh jd ketua kerajaan?Rasulullah jgk pnh jd ketua kerajaan.
anda pnh jd panglima angkataan tentera?Nabi jgk pnh jd panglima angkatan tentera.
anda prnah gembira?Rasulullah jgk pnh gembira.
anda prnah marah?Rasulullah jgk pnh marah.
anda punya ramai sahabat?Nabi punya lbih ramai sahabat yg taat setia.
anda pnh sakit?Rasulullah jgk pnh sakit tnpa mnjatuhkn martabatnya sbg Nabi.

inilah tandanya Nabi punya sifat yg harus bg baginda sbg manusia.tp Nabi bknlah manusia biasa.knp Nabi bkn manusia biasa?

Nabi diberikan wahyu.
Nabi klu bersedih,malaikat yg bawa Nabi ronda2 sbg pujuk hati Nabi.
Xda najis pd diri Nabi.
Nabi makhluk paling mulia sepanjang zaman sejarah manusia di dunia ini.
Ingt pd Nabi pn kita dpt pahala.
dan bnyk lagi kelebihan Nabi yg bkn manusia biasa.

Solluu 'alan Nabiy

Tuesday, January 24, 2012

Ku titip buat "MAWAR BERDURI"


~ BeriTaHu Pada MuSLImaH ~
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

~Beritahu Pada Muslimah
(Ibu-Kakak-Adik-Sahabat-Teman-Masyarakat Yang Kamu Sayang)~

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Sunday, January 22, 2012

Kala Cinta & Wahyu Bersatu


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga.....

Ya Allah, Tuhan yang memeprjalankan awan, mengiwirkan angin dan memutarkan bumi. Engkau merajai segala yg wujud di alam maya. Aku tunduk dan patuh pada segala takdir-Mu. Sesungguhnya bicara sepiku adalah bukti bahawa aku meyakini setiapa ratapan hamba-MU ddidengari. Aku teramat yakin bahawa Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yg tersisip di dalam perdu sanubari seorang manusia.

Atas dasar diriku ini seorang hamba yang berhajatkan kepada pencipta, maka aku memohon kepada MU, memohon agar kau berikan kebahagiaan padaku. Aku mohon kebahagiaan itu hadir khusunya dari seorang lelaki yang bergelar suami. Sesungguhnya aku tidak cenderung pada sesiapa, adakah aku ini wanita sombong? Ya Allah, aku tidak mengerti mengapa jiwaku begini.

Ya Allah, aku hanya wanita biasa, ketika tirai hatiku diketuk oleh seiras wajah lelaki. Pintu hatiku seakan goyah. Lantaran aku dilanda musibah, dihurung susah, dirempuh walah dan lelaki itu hadir memberi kekuatan yg tersembunyi. Sesungguhnya, lelaki tidak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan itu juga adalah kekuasaanMU.

Ya Allah, aku tidak mencari lelaki yang mahu memberikan aku kemewahan dunia. Aku tidak mecari lelaki kacak yang dipuja wajahnya oleh ramai wanita. Aku mahukan seorang lelaki yang ikhlas untuk menjadi suami, punya hati kudus untuk memdidik di bawah syariatMU. Dia juga amat teguh hati dalam melaksanakan perintah-MU. Itulah lelaki yang aku mahukan.

Ya Allah, aku umat akhir zaman, aku berdiri dibawah langit yang penuh kekabutan nafsu, di bawah taufan maksiat yang menggila, di bawah hegemoni kebendaan yang kian bermaharajalela, aku merayu agar Engkau selamatkan aku dari ancaman syaitan durjana. Pandulah aku ke syurga-MU, yang teamat mahal. Pimpinlah aku dengan rahmatMU, dalam kehidupan yang penuh dengan fitnah akhir zaman ini agar aku selamat sampai ke pintu syurga al-firdaus. Begitu juga dengan bakal zauji, aku mahukan zauj yang takutkan nerakaNMU, cintakan syurgaMU dan mahu membawaku menuju keabadian firdausi.

Aku memohon dalam hela nafas agar lelaki yang menjadi suamiku adalah penyelamat jiwaku. Dia akn membawa aku keluar dari daerah kecewa dan putus asa. Mewarnakan puing-puing jiwaku yang kusam terkena palitan kesepiaan supaya bertukar menjadi warna-warna jingga romantis. Aku benar-benar mahu berasakan bagaimana suamnya hela nafas seorang pencinta yang mencintai sepenuh jiwa. Aku mahu menganyam setiap detik waktu yang berlalu dalam pelukan kekasih yang halal untukku.

Ya Allah, engkau mampu memberikan kekayaan berjuta-juta kepada manusia yang ingkar, Engkau mampu berikan kenikmatan berlimpah-limpah kepada manusia yang melawan-Mu, apatah lagi untukku selaku insan yang lemah dan takut kepada kekuasaanMU. Aku tidak mahu meminta pada yang lain, aku tidak mahu mengadu pada sesiapa , hanya pada MU ya Allah. Aku taramat yakin dan percaya, hanya dengan kekuasaanMu, sahaja kami bisa dipertemukan, dan menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad dan ahli keluarganya
Dan segala puji bagi Tuhan Rabbulalamin........

Friday, January 20, 2012

"SOLEHAH perlu dicari, SOLEHAH tidak datang SENDIRI"

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

Wanita Teristimewa

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, January 15, 2012

MENANGISLAH... Kita Hamba-NYA yang KERDIL!!

Sahabat..

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?
Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya.

Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).

Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat dibelakang Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang didalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an. Ketika sampai pada ayat: “Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.

Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati mengantarkan mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.


Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.

Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendirian adalah maksiat. Bahkan banyak manusia yang bermaksiat apabila bersedirian didalam bilik. Seorang mukmin sejati akan menangis dalam kesendirian dikala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya. Kesedihannya begitu mendalam.

Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).

Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.

Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).

Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?

Ibu Restu, Ayah Restu. Adakah Allah RESTU? Doalah

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Amiin..

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....