Tuesday, September 25, 2012
Sunday, September 23, 2012
Sebuah Pencarian : SAKINAH
Sakinah adalah bunga indah,yang tanpanya hilang seri dunia. sakinah ialah madu.penawar banyak perkara,sakinah juga guru.mendidik dengan penuh mesra.mencintai sakinah bakal membawamu mencintai Allah...
Dia tiada bersendirian didunia kerana ada Allah yang menemaninya. Dialah wanita solehah yang ditarbiah dengan nur islam. Ada biah solehah,pengislah harapan ag

ama dibahunya. Sakinah kuat dan tabah melawan mehnah,terus gagah dalam lembut dan ramah,menyebarkan dakwah tanpa lelah dan putus asa pada bangsa yang kian parah. Dia bukan hanya sibuk membelai diri kerana diri sedar kelak dia akan ditanya dipadang masyar nanti,apa sumbangan pada agama yang suci ini. Dia tersenyum dalam payah,mengungkap doa mendamba kekuatan. menenangkan hati dengan munajat dan solat yang kusyuk...
Sakinah ibarat mawar berduri,dari jauh kelihatan cantik dan lembut. Namun bila didekati lelaki ajnabi .durinya jadi perisai untuk memelihara diri. izzahnya dijaga,lembut bicaranya dikawal,lunak suaranya dicegah,anggun tingkahnya diperisai,ayu langkahnya diatur,pesona dipandangannya ditundukkan..
Sakinah dihati itu,adalah yang bernama sebuah keutuhan,sebentuk perlindungan. Menjadi perisai dan pelindung dari hujan,panas dan ribut dunia yang mencengkam akhir zaman ini. Aduhai penenang jiwa dan penyejuk mata sekelian sudikah kau mengukir semanis senyuman dan segenggam tabah dihati?
sampaikan bingkisan hati ini.....
dalam doa ku terus melakari
andai mampu ku mengatur BICARA
andai mapu ku luahkan rasa

Wednesday, September 19, 2012
Si Dia Nur Muslimah
♥ ♥ ♥ Dia Muslimah ♥ ♥ ♥
Dia Muslimah,
Yang Tabah Melalui Ujian Kehidupan,
Dia Muslimah,
Dia Muslimah,
Yang Tabah Melalui Ujian Kehidupan,
Dia Muslimah,
Yang Melaksanakan Perintah ALLAH,
Dia Muslimah,
Yang Berbakti pada ibubapa dan saudara islamnya,
Dia Muslimah,
Yang Bijak menjaga adab ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram,
Dia Muslimah,
Yang Menyimpan perasaan cinta hanya buat suaminya yang sah sahaja,
Dia Muslimah,
Yang Akhlaknya yang indah dan hatinya cantik,
Dia Muslimah,
Yang Bijak ilmu dunia & akhirat,
Dia Muslimah,
Yang Setiap bicaranya indah bak mutiara di lautan,
Dia Muslimah,
Yang Sayang pada manusia yang lain kerana ALLAH..... ♥

Tuesday, August 28, 2012
Badai Hati di Hamparan Bumi-NYa
Kerana CintaNya
aku masih gagah berdiri
di sini walau hakikatnya
sendi ini telah lama goyah
dan...
rindu itu masih di sini,
walau di cari ia tetap di sini,
pada segumpal hati ini.
hanya dengan mengingatiNya sahaja,
rindu itu menjadi sempurna...
diri ini mencari lagi sejuta redha dariMu,
apakah diri ini masih diterima untuk mengecap nikmatMu
puas dijelajahi seluruh malam menghayati kerinduan itu dan diri ini jatuh tersungkur lagi,
lemah dan alpa dalam penghayatan itu...
Tiada langsung sekelumit rasa insaf,
dan diri ini semakin pasrah,
adakah rindu itu untukku,
atau aku hanya mengharapkan rindu dariMu,
sedang diri ini ini masih begini,
semakin alpa dan terus alpa.
Dalam penghayatan itu,
diri ini seolah-olah ingin lari,
mencari sebuah cinta yang kian hari kian pudar,
mencari sebuah redha,
sebuah rindu dan sebuah cinta hanya dariMu.
Hanya Engkau lah yang memberi petunjuk dan hidayah,
dan kepadaMu lah diri ini diserahkan.
Walau semakin meningkat waktu,
aku masih mahu di sisi, sentiasa di sisi, mengejar redhaMu, mencari sekelumit sinar untuk menyinari kehidupanku yang kian kelam.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." -Al Fajr : 27~30-

Monday, August 27, 2012
Merintis Jalan Fatamorgana
Tuhan betapa kerap aku melanggar perintah-Mu kerana ketidaksabaranku,
tetapi Kau tetap bersabar dengan sebesar-besar kesabaran-Mu. ya Allah ,
janganlah Kau seksa aku di akhirat kelak,tetapi kurniakanlah ampunan-Mu
padaku. ya Allah berilah hamba kekuatan menyusuri kesabaran Kekasih-Mu
Muhammad s.a.w agr dpt bdiri kukuh dlm pjuanganku.
Ku dambakan cinta MU,
Ku cari dan cari, Rupa-rupanya terlalu hampir,
Namun kabur, Dek kerana dosa diri ini…
Ya ALLAH, Diri ini pernah berjanji pada MU
Namun sering mungkiri janji itu,
Diri ini pernah menangis kerana mu,
Namun kemudian ketawa kembali.
Ya Allah, Diri ini lemah, Sering tertipu,
Pada nafsu yang menyelubungi diri.
Ya Allah, Kuatkan aku, Lembutkan hati ku,
Leraikan aku dari pautan nafsu.
Ku tagih cinta MU,
Walau ku tahu Sukar bagi ku mendapat cinta MU,
Namun ku harap keampunan dari MU. Ampuni aku dan rahmat diri ini.

Friday, July 13, 2012
Malumu Bagaikan Semalu
Pohon semalu, memang pemalu. Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah RA. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu." (HR Thabrani)
Sabda Rasulullah SAW:
Malu dan Iman itu adalah teman seiring jalan. Jika satu di angkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.

Wednesday, July 4, 2012
Monolog Dosa
Doa di titip Memanjat munajat demi rasa cinta
Menyembuh calar dosa yang luka
Memori dosa menggamit detik waktu
Mengiringi jalan hidup yang penuh liku-tipu
Yang di banggakan hanyalah tengik dosa
Tubuh bergegar kotor bernoda
Terpanggang dalam kecelakaan helah dunia
Para setan terbahak berputar di sekeliling
Dunia hitam, tenggelam dan kelam
Kepala berpinar dibedal petaka dosa
Jasad kaku ditelanjangi dosa, tersedu kehilangan kata
Dengan suara sendu cengeng memohon dengan suara ketar
Menadah telapak gementar
Menitiskan air hangat mengerti
Dek ketar-gementar membayangi azab yang berputar-putar
Mentari digulung Bintang-bintang jatuh Langit terbalik
Kepala bergelegak membahang panas
Azab terus berputar-berkitar di ruang minda
Yang bertaqwa menggemakan zikir tak berhenti
Yang ingkar berjalan menyesali diri
Memukuli kepala dan tubuh sendiri
Dengan segala puji rabbi
Padamkan hitam hati kami
Putihkan niat hati kami
Jernihkan daki hati kami

Subscribe to:
Posts (Atom)