topbella

Tuesday, March 16, 2010

Merenung Ke Dasar Hati

Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami...
Assalamualaikum warahmatuLLAH,

Sudah beberapa ketika diri ini memerhati keadaan sekeliling.. mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang sentiasa berlegar di ruang minda ini. Aneh, pelik dan semakin pelik..

Ke mana hilangnya 'izzah ISLAM itu?
Ke mana perginya quwwah yang selama ini bertaut kukuh pada jiwa ISLAM itu sendiri?
Kenapa Islam kini di pandang hina di sudut mata manusia sedang dulunya ISLAM itu gah dengan kehebatan ke seluruh dunia?

Soalan itu bertalu-talu, sedari dulu lagi ...
lama kelamaan kutemui jawapannya di dalam Kitab Agung yang ternuzul kepada RasuluLLAH..

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama)ALLAH dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat ALLAH ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuh lalu ALLAH mempersatukan hati kamu sehingga dengan kurniaNYA kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu ketika itu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana. demikian ALLAH menerangkan kepada kamu ayat-ayatNYA agar kamu mendapat petunjuk (Ali imran 103)"


Justeru tergambar-gambar di paparan kamera minda ini, akan realiti dan situasi kini yang rata-ratanya umat ISLAM saling bermusuhan, saling berebut harta dan pangkat, saling benci-membenci sesama sendiri.

Si Arab Kuwait Benci kepada Si Arab Mesir, Si Melayu Johor Benci kepada Si Melayu Kelantan dan sebaliknya (maaf sedikit provokasi; tetapi ini adalah realiti) .. dan si Islam Syiah Benci kepada Si Islam Sunni, begitu pula berlakunya di dalam realiti yang dikatakan Wahabism dan Ahlul Sunnah Wal Jamaa'ah.

Apakah dengan memakai sikap sebegini mampu menjamin kita masuk ke syurga ALLAH? Apakah dengan membenci saudara seISLAM kita menjadikan kita lebih mulia di sisiNYA?
Atau apakah dengan bermusuh sesama Muslim itu menjadikan kita lebih berkuasa ke atas kaum kuffar?

Jawapannya, terpulang kepada kita semua untuk menilainya, terpulang untuk kita menimbang-nimbang, adakah sikap sebegitu telah menjahanamkan 'izzah ISLAM itu sendiri ataupun tidak. Dan renunglah kembali kepada kalimah suci yang terukir di lembaran al-maidah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad(keluar) dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum:
1. Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya,
2. dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman
3. tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir,
4. yang berjihad di jalan ALLAH
5. dan yang tidak takut pada celaan orang yang mencela.

Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas pemberianNya, Maha Mengetahui. (al-Maidah 54)

Lantas, terasa sayu kerna terpukul dek realiti kini, di mana umat Islam yang ada di antaranya mengaku mereka pejuang ISLAM, Mujahid pembangkit agama terus-terusan diserang penyakit mazmumah di hati masing-masing, membenci sesama muslim dan alangkah lebih teruknya lagi, merasa diri itu mulia berbanding insan lain. Pertelingkahan di antara insan " pengisi kemenangan Islam" terus berleluasa, dari dahulu, kini dan selamanya.

Usah merenung jauh, kita lihat sendiri sahaja pada realiti di tanah air, bagaimana Jemaah A dan Jemaah B bertelingkah, dan Jemaah C pula berada di atas pagar, dan tiada usaha untuk mengislahkan antara kedua saudara yang bertengkar itu. Sedangkan telah di perintahkan Ilahi, "damaikanlah antara kedua saudara yang bermusuhan itu" ( Al-Hujurat: 9) .

Adakah masih layak kita menggelarkan diri kita muhahid wa mujahidah fi sabiliLLAH andai perintah ilahi itu dipandang sepi? Malah kita termasuk pula ke dalam golongan yang memusuhi saudaranya itu? LAYAKKAH KITA?

Maka, di sini, ana menghumbankan segala kesalahan ke bahu para syaitan yang bakal direjam, dan juga mengucap setinggi tahniah kepada syaitan-syaitan ini kerana telah berjaya menipu daya umat ISLAM kini.

Ayuh, sahabat.. adakah kita masih lagi ingin membiarkan diri di tipu daya syaitan sehingga tidak nampak mana musuh sebenar, mana saudara seperjuangan. Ataupun kita memilih untuk bersatu sekalian umat Islam, bersama gelombang bernafas baru, kembali mendaulatkan ISLAM di muka bumi ini.

Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita.. Ameen.
Allahu Ma'ana ( ALLAH BERSAMA-SAMA KAMI)
Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....