topbella

Tuesday, September 25, 2012

Jalinan Usrah Terpatri Hati Insani


Di perhimpunan hati-hati itu,
terasa kerdil jiwaku,
bersama mereka yang berjiwa besar,
aku pohon kesyukuranku pada-Nya.

Aku bukanlah siapa-siapa,
bukan hebat ilmu agamanya,
tidak hafaz Al-Quran 30 juzuk di dada,
dan bukan jua akhlakku sempurna.

Aku manusia,
punya banyak cacat dan cela,
tiap kali meningkat, sering aku jatuh semula.

Aku di sini,
dengan hati-hati ini,
rasa amat bahagia.

Aku di sini,
dengan hati-hati ini,
walau bukan berkait darah,
bukan dengan pertalian keluarga,
tapi bila bersama mereka,
aku merasa cinta.

Aku di sini,
terkait hati,
kerana jalan cinta yang sama,
aku bahagia bersama mereka.

Wahai Allah,
terima kasih memilih hamba-Mu,
yang kerdil dan hina
bersama mereka berjiwa besar,
memegang amanah-Mu berjuang di dunia,
mengharap redha-Mu
mengutip bekal ke Syurga.

Wahai Allah,
aku tersenyum hari ini
kerana Kau memilih diriku yang tidak pernah sempurna
dan tetapkanlah diriku
bersama mereka yang Kau cinta
dan mendamba cinta-Mu tiap ketika.

Bersama-Mu
dan mereka yang mencintai-Mu
menguatkan daku.

~Wahai Tuhan, tetapkanlah hatiku dengan keimanan, biarpun jatuh, aku akan pantas menggapai semula tali-Mu~

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....