topbella

Thursday, November 25, 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia.......

Tolong Beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong Beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA..
Tolong Beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku
lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku
lebih dari dia mngingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku
lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga

Tolong Sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabar pada si dia
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia
jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....