topbella

Wednesday, November 24, 2010

Warkah Buat Calon Suamiku

Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad saw, kekasih istimewa....

Assalamualaikum. Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya...

"Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita Solehah!! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkna pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu. insyaAllah...

Calon zaujku....

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..."

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan oleh ummi dan ayah. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan  apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud,

"dan diantara tanda-tanda kekuasaan NYA ialah Dia mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa kasih sayang." ( Surah ar Rum)

Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah bahawa keluargaku bukan dari keturunan ternama. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan ayahanda Nabi Adam saw dan Bonda Hawa as.. sama sepertimu...

Kecantikkan, itulah pandangan setiap insan. Malah, aku yakin kau juga tidak terlepas seperti insan lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daropadaku, kau telah tersalah sangka. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah ku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Calon suamiku yang kuharapkan semoga mendapat keredhaan Ilahi,

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakan dakwah Islamiyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membnagunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kearah jihad hambaNYA kepada pencipta yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan sebagai risalah demi meneruskan perjuangan islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentukl usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita.

Calon suamiku yang dirahmati,

Inginku berbicara mengenai pemberianmu kepada ku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantara bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah kalam mulia, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap deen Allah ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoret warkah ini. Cukuplah dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan menitip lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wasalam...

2 comments:

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....