topbella

Wednesday, January 25, 2012

Muslimah itu...... adalah ???


Duhai Wanita..
Baliklah cermin dihadapanmu barang seketika. Palinglah wajahmu sejenak berkatalah di dalam diri. Engkau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan. Mendongaklah dan lihat kerdipan bintang-bintang. Sedarlah hidupmu hanya cebisan dari erti kehidupan. Selami dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa. Alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa..

Duhai Wanita..
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna. Yang seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu..

Duhai Wanita..
Salutilah tubuhmu dengan iman kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Usah merasa resah lalu menyolek diri kerana inginkan wajah lain yang lebih indah. Rasailah bangga dan bahagia dengan apa yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT..

Duhai Wanita..
Renunglah.. Resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH SWT.. Kecintaan ALLAH SWT melimpah dan melaut segenap penjuru alam.. Walaupun terkadang ada insan yang lupa pada erti kehidupan..

Duhai Wanita..
Bersihkanlah hatimu.. Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji ALLAH SWT.. Jannah itu bukan mimpi.. Dunia hanyalah sebuah pelabuhan persinggahan.. Kerana Akhirat adalah destinasi yang kekal abadi

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....