topbella

Monday, February 28, 2011

Dekatkanlah jika WAKTU menghampiri

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah.. KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sungguh, diriku tak mampu menahan dugaan yang saban hari meresahkan hati. Kalau, sekali dua mungkin boleh ku anggap sebagai gurauan… tapi seandainya berlanjutan, mampu menimbulkan persepsi yang silap di sudut pandangan orang di sekelilingku… Ya Allah, bantulah aku…

Keadaan di bilik guru menjadi riuh, bila kaki ku menginjak masuk. Tah apa yg mceriakan keadaan aku sendiri tak pasti.. Tapi, aku menjadi semakin pelik,bila setiap mata yang memandangkan ku dengan pandangan yang benar2 meresahkan hati… Mengapa???? Ya Allah… aku takut dengan situasi ini…

Maaf, buat adam2 yang sama2 mendidik anak watan…
Sungguh aku menghormati kalian atas dasar sahabat sekerja
Jangan jadikan aku bahan omongan sesama kalian…
Hormati aku sebagai wanita, jika muslimah tak selayaknya untukku..
Aku takut dengan butir bicara kalian, gurauan senda dikalangan kalian
Meski aku diam, namun telinga ku tangkas menangkap bait-bait bicara kalian.
Jangan adam… jangan….. Ya Allah, jauhiku dari mereka

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....