topbella

Friday, December 31, 2010

Tinta Hati Luka 2010

Bismillahirahmanirahim

Dengan rasa rendah hati. Mari sejenak kita tundukkan pandangan bersama-sama, mohon pada DIA Sang Pencipta Allah swt agar mencucuri rahmat ke atas semua umat atau kaum keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita sebelum fasa pertemuan abadi kita di akhirat nanti. Al-Fatihah….

Sesungguhnya setiap anak adam pasti merasai detik kematian. Itu janji Allah. Ku simpan kuat bait-bait itu dekat di hati, kerna ku yakin bahawa dunia hanya persinggahan sementara buat makhluk sekalian alam. Bagi yang leka.. kini mungkin sedang bergelak tawa tanpa menghirau berapa dosa telah dibuat, bagi yang ingat bahawa dirinya Cuma pinjaman dari Allah, akan bersegera memadu kasih dengan Tuhan Pencipta, menghisap dosa yang lalu, berzikir bertasbih dan bertahmid mendamba keampunan dari Allah swt…..

31 Disember 2010
11.18 am 25 Muharam 1432

Dayang Siti Naquiah Binti Awang Mohammad.
Ingatlah bahawa 2010 bakal kau tinggal dan meninggalkan dirimu dengan pelbagai kisah suka dan duka. Pelbagai memori menggamit hati yang bakal kau ingati. Namun, jentiklah dirimu agar jangan mengingati kejayaan apa telah kau buat, bakti apa yang telah kau sumbang, budi apa yang telah kau tabur, Tapi jerkah dirimu agar mengingati berapa dosa yang telah kau lakukan tatkala matamu berkelip bangun dari tidur.

Jangan kau bangga dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan, sesungguhnya dalam mengharungi liku-liku hidup, ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara… astaghfirullah al azim.

Ya Allah… bantulah hambaMu, dlm mencari hidayah daripadaMU
Ampunilah Ya Allah segala dosa yang telah ku lakukan,
Lapangkan dadaku dalam menerima segala ketentuan yang KAU takdirkan untukku
Berilah jalan kemudahan dan jalan MU yang lurus
Agar tidak ku terkapar-kapar bermusafir di dunia penuh debu-debu dosa.

Buat Arwah Ayahanda Awang Mohammad Bin Awang Tengah. Sekalung al-fatihah yang tiada henti ku panjat dan ku hadiahkan buatmu agar jauh dari azab seksaanNYA. Moga Allah terus mencucuri rahmat ke atas mu di alam barzakh sana. Sungguh Ya Allah, betapa aku merindui ayah tercinta. Rindu akan semangatnya yang tinggi, rindu akan kekuatan yang selalu dirinya zahirkan pada diri ini, menjadi inspirasi pemangkin kejayaan diriku dalam menempuh ranjau hidup yang bergelora dengan ujian. Ayah, ingin ku khabarkan… berkat restumu, Alhamdulillah telah ku selesaikan pengajianku. Selautan terima kasih atas pengorbananmu yang tak mungkin mampu ku balas, walau sejuta ringgit ku tabur buatmu. Al Fatihah tiada henti, doa yg tak berpenghujung ku balas agar kau bahagia di sana.

Buat Ibu Tersayang Puan Norsiah Binti Drahman. Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang tak terhitung nilainya, sejak aku masih janin di perut mu, hingga aku selamat di lahirkan menjadi puteri tunggal keluarga, dididik dan di asuh menjadi wanita yang sempurna seiring dengan hajat mu agar aku menjadi anak yang bertaqwa dan menjadi kebanggan keluarga dunia dan akhirat. Ibu, ku tahu betapa pedih dan hancurnya hatimu saat kita bersama-sama berdepan dengan takdir Allah bahawa suamimu, ayahku telah pergi dijemput Ilahi… namun aku tahu engkau seorang tabah, dengan kekuatan yang kau tunjuk menjadi aku seorang anak yang cekal dengan ujian meski kekadang tak tertanggung rasanya ujian itu. Ibu, halalkan titisan susumu, makan minumku, tingkah lakuku dr kecil hingga dewasa. Engkau satu diantara beribu….

Buat abang-abangku ( Awang Amli Bin Awang Mohammad, Awang Saiful Safri Bin Awang Mohammad dan Awang Azlan Norhalim Bin Awang Mohammad)

Pertama sekali ku rafak rasa syukur kerna Allah kurniakan aku abang2 seperti kalian, walau kekadang Allah menguji kesabaran masing2 hingga, ada detiknya pasti wujud pertelingkahan antara kita. Tapi ku semat dalam hati pepatah bahawa cincang air takkn putus. Itu aku yakin. Alhamdulillah. Terima kasih juga kerna mengasihi aku dan menjaga kebajikan ku agar aku tidak sesat dalam kembara hidup yang penuh onak dan duri. Moga Allah terus memberkati kalian dan maafkan aku insan yang terlalu kerdil dan tak terlepas dari dosa dan noda. Maafkan atas segala keterlanjuran sikap atau tutur kataku selama ini.

Buat Adik tersayang ( Awang Norulhadi Hafiz B Awang Mohammad) Kakak bangga punya adik sepertimu, meski kadang menyakitkan melayan kedegilan dan kenakalanmu, namun semangatmu sebagai anak lelaki bongsu yang tahu berdikari dengan usahamu harus akak beri pujian. Moga Allah beri kejayaan padamu. Ingatlah, sejahat-jahat akak, menegur dan memarahi dirimu bukan untuk melemahkan dirimu tapi untuk menjadikanmu pewaris keluarga yang berguna. Kakak syg kamu adikku. Maaf kalau akak sering mengasarimu…

Buat sahabat2 ku ( Arina, Samsiah, Amira, Aziemah, Ein,Kak Putri, Kak Aini dan semua yang pernah mengenali aku) Dengan rasa rendah hati, aku mohon maaf atas segala silap dan salahku sepanjang usia perkenalan kita. Sungguh dan Demi Allah kalian adalah sahabat yang terbaik buatku. Seinfiniti terima kasih atas layanan baik, nasihat, pertolongan yang tak sudah-sudah kalian hulurkan buat ku, tika susah mau senang. Tak ku mampu balas jasa kalian. Apa yang ku pinta Cuma, Doakan aku agar bahagia disisi keluarga dan disamping kekasih ulungku Allah swt. Meski ada kalanya, persahabatan kita di uji dengan dugaan .. namun terima kasih atas sifat setiakawan kalian yang menjentik hati ini, agar mengerti betapa luhurnya budi kalian meski kita datang dari corak keluarga yang berbeza. Itulah Kuasa Allah….. Jaga diri kalian, jadilah mawar berduri, cantik di pandang tapi sungguh berbisa bila di pegang.

Buat Adam yang amat aku kasihi, kurniaan Allah yang tak terhingga ( Allahyarham Kamarul Nizam B Dato' Khairuddin ) Tetiba aku teringat pesanan arwah ayah sehari sebelum beliau dijemput ilahi. Pilih lah pasanganmu kerna empat perkara iaitu agamanya, keturunannya, hartanya dan kecantikan… tapi seandainya engkau memilih kerana agama, maka bahagialah kedua tanganmu dan hidupmu. Alhamdulillah, kata-kata itu menjadi ingatanku dan hatiku tetap utuh buatmu meski kadang-kadang hatiku rapuh dek ujian dan kelemahan hatiku mengatasi segala ranjau hidup.

Terima kasih buatmu adam yang ku sayangi, kerana sudi memahatkan namaku jauh di sudut hatimu hingga saat kau hembus nafas yang terakhir. Selautan terima kasih kerna sudi berkongsi rasa, berkongsi hidup meski segalanya bukan perancangan kita berdua, tapi alhamdulillah.. kini ku percaya bahawa sesungguhnya bercinta selepas punya ikatan amat membahagiakan. Adam, Demi Allah sungguh aku teruji dengan perpisahan dan kehilanganmu... sungguh besar nikmat yang Allah pinjamkan padaku tika engkau hadir dalam hidupku.. akan ku ingat jua hingga akhir hayatku akan luhurnya budi dan pekertimu.

Adam.. ku rawat rindu hatiku terhadapmu dengan berkhalwat sujud pada kekasih Agungku Allah swt. Dengan itu ketenangan mampu ku peroleh, demi meraih secebis kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Adam, kau tetap dihati dan dalam anganku meski cuma memori kau tinggalkan. Sungguh Aku Menyayangi Dirimu Adam kerna Allah... meski engkau bukan pilihanku tapi engkau adalah pilihan yang terbaik dari Allah untukku meski hanya sementara untukku rasai kebahagiaan itu. Terima kasih buatmu Adam, menerimaku apa adanya hingga akhir hayatmu... Ya Allah, tabah dan kuatkan hatiku dengan takdir yang KAU tentukan.
……………………………………………………………………………………………………………………

Buat semua muslimin dan muslimat, pakcik makcik, kawan, teman dan sahabat……. Sebelum 2010 melabuhkan tirai meninggalkan kita dengan suka dan duka, tawa dan tangisan… Sungguh diri ini mohon kemaafan yang  tak terhingga. Halalkan segalanya jika ada diri ini terhutang budi, makan dan minum pada kalian. Moga Allah sama-sama merahmati diri kita menuju jalan Keredhaan-NYA.

Andai ditakdirkan Allah, menjemput ku pergi mengadapNya, menyusul mengikuti mereka yang terlebih dulu meninggalkan kita…. Usah di ratapi tapi Doakan Aku. Doa kalian amat ku harapkan…. Sayang kalian semua…Moga Allah satukan kita dalam golongan yg soleh di akhirat nanti. Amin.

Ya Allah... Hanya Engkau Tuhanku... Allahu Akhbar
Hanyalah padaMu tempat ku berteduh
memohon redho dan ampunanMu

Maafkan insan kerdil ini






3 comments:

  1. Assalamualaikum Dayang,

    Maaf andainya ana membaca ruangan tinta ini. Bila diselusuri membacanya seumpama diari luahan hati dan rasa ukhti. Namun bila ia dipaparkan dan ada ruangan memberi respon, bermakna diari ini halal dibaca.Ana melihat betapa ukhti seorang yang kuat emosi. Namun sebagai manusia ciptaan Ilahi, ujian yang menimpa ada hikmah yang tidak terhingga. Apa2 pun bersyukurlah atas segala kurnianNya dgn pengharapan moga dunia yang ibarat jambatan ke akhirat menjadi tapak ke jannatul firdausi. Moga ukhti terus tabah menghadapi liku2 kehidupan yang penuh mencabar ini.

    Akhi Musa Muhamad Ali

    ReplyDelete
  2. sedikit tambahan takut tersalah tafsir dari ukhti sendiri, 'kuat emosi' bermakna enti seorang yang tabah dan kuat semangat.

    ReplyDelete
  3. Wasalam buat Cikgu Mus..
    alhamdulillah.. dan terima kasih atas pandangan dan sokongan..

    ReplyDelete

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....