topbella

Monday, December 27, 2010

Warkah Sepi Buat Sang Adam

Diriku sekelip mata hilang punca kekuatan...
Keadaan sekeliling ku sepi
Senyumku pudar dalam keterpaksaan.
Duduk bertasbih mengingat Kuasa Sang pencipta

Lagi.. aku terus di uji. Astaghfirullah

15 Disember 2010
Itulah kali terakhir aku  mendengar nasihat dan bait2 kata berbaur sokongan darinya kepadaku, gelak tawa dan semangat yg tiada henti kau tiupkan, menjadi inspirasi diriku.. Namun tiada ku duga, ia cuma sementara, lantas Allah menjemputmu pergi menghadap-NYA.

Dulu, pernah kau suarakan, "Akankah ada kehancuran seandainya apa yg di impi tidak kesampaian" Kini, kehancuran hati aku hadapi...aku lalui dalam kesakitan yg amat sangat.. Pergi mu tak kembali. Pandangan ku kelam dek curahan air mata yang tiada henti. Al-Fatihah tiada henti ku lantunkan dalam suara yg tersekat2 dek esakan tangis yg tiada kesudahan.

................................................................................
Warkah Sepi Buat Adam...

Adam... kala keceriaan menghiasai hubungan, Tetiba engkau sepi, pergi jauh dari diri ini. Aku terkapar2 mencari tanda aras di mana kedudukan dirimu... Lantas aku mendapat perkhabaran bahawa dirimu terlantar sakit di hospital pantai. Adam, maaf kala itu hanya doa mampu ku panjat agar dirimu di beri kesembuhan. Aku berperang dengan perasaan dan kecelaruan fikiran yang amat sangat. 22 Disember seusai, peperiksaan, lagi aku mendapat perkhabaran perkembangan keadaan semasa dirimu. Lagi aku terdiam tunduk tak terkata, doaku tiada henti buat dirimu. Aku risau, siang malam ku nantikan perkhabaran yg baik dari pihakmu...

Adam... kala ini, aku cuma memohon secebis kekuatan dari Allah, atas perpisahan yang perlu aku tempuhi ini. Memang dan amat menyakitkan hakikat yang perlu aku telan... Akhirnya kau pergi jua. Masihku ingat gurauan yang mengatakan kau akan terlebih dulu pergi meninggalkan aku.. lantas aku menangis saat kau lafaz kata2 itu.. lantas ku ingatkan dirimu akan nasib diriku setelah ketiadaan dirimu bersama "Hidayah" yang kau titipkan untukku buat peneman pengubat rindu setelah kau tiada.

Dalam Kedinginan pagi lagi aku mendapat perkhabar terbaru dari bonda tersayang....

"Assalamualaikum, ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakan2 dan sahabat handai diatas kehadiran dan ucapan takziah di majlis pengkebumian anakanda kami Kamarul Nizam B Dato' Khairuddin pada 24/12/2010 yang lalu. Moga roh beliau dicucuri rahmat. amin. ( Bonda Datin Hajah Maznah dan keluarga)

Adam.. hanya Allah yg tau betapa hancurnya hatiku dengan perkhabaran itu.. Sampai saat ini, tangisan ku belum sampai ke penghujungnya.. terlalu banyak yg kau tinggalkan untukku, apatah lagi "Hidayah" yg menjadi sebutan di bibir kita..

Adam, siang malam aku menghadap yg Esa merintih agar kau mampu pulih seperti sediakala, tapi aku akur dengan ketentuanNYA..

Adam... ingat tak selawat yang kau sarankan padaku.. Alhamdulillah, berkat nasihat dan sokonganmu aku dapat 'pekerjaan itu"... tapi xsempat aku khabarkan... kau pergi adam..

Adam.. ingat tak tangisan ku, kala ku khabarkan kegagalan aku dalam peperiksaan, lantas kau terus hubungiku memberi sokongan padaku.. dan akhirnya dengan sokongan dan doa drmu jua dr doa shabat2 dan keluarga, aku telas lulus peperiksaan itu...Tapi... belum sempat ku khabar kau pergi tinggalkanku....

Adam.. ingat tak, akan hasratku yang ingin melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, keputusannya telah ku peroleh, aku berjaya di terima untuk melanjutkan pelajaran...tapi... kau tiada...

Adam, segalanya aku pendam untuk ku simpan agar mampu ku kongsi kegembiraan bersamamu jika engkau telah pulih sepenuhnya. Namun, kegembiraan itu ku raih dengan cucuran airmata kesedihan, dek berita Pemergiaan mu menghadap Sang Pencipta....

Astaghfirullah al azim
astaghfirullah al azim
astaghfirullah al azim

Dalam ketidakupayaan diriku berdepan dengan ujian dan dugaan ini..
ku gagahi diri, menhadiahkan sekalung al fatihah buat dirimu.. agar rohmu di cucuri rahmat dan moga Allah memberkatimu... Amin

.........................................................................................
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Al - Fatihan Buat Kamarul Nizam B Dato Khairuddin













2 comments:

  1. Semoga Rahmat Allah mengiringi perjalanan dia bertemu Pencipta. Isilah duka hati dengan kekuatan yang telah dia tinggalkan untuk meneruskan sisa perjuangan, sehingga tiba masa pertemuan yang pasti.

    InsyaAllah duka dunia sebentar sahaja. Andai ikatan hati terbina atas Cinta kepada Allah, pasti hati akan bertemu dan semangat juang akan bersatu, pada suatu masa yang telah tertentu olehNya.

    Kuatkan pergantungan padaNya ye. Moga Allah memberi kekuatan pada hati Dayang, kerana sememangnya Allah tahu Dayang kuat diuji.

    "Moga di Taman Redha hati-hati bertemu, kerana di situ selayaknya dua cinta bersatu..."

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak, atas sokongan yg tiada henti.. dyg cuma mampu kuatkan doa agar berlapang dada atas dugaan yg sedang mnguji ini.

    dalam kepayahan,dyg usaha kuatkn hati memujuk hati, mdidik ksabaran agar tabah dgn apa yg mnimpa. Amin...

    ReplyDelete

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....