topbella

Sunday, October 17, 2010

Antara Halal dan Haram

Musuh terbesar manusia adalah dirinya sendiri. Selain daripada nafsu amarah yang sering menyeru kepada keinginan yang jahat, manusia juga seirng terpenjara di dalam paradigma pemikiran sendiri. Sebagaimana sebiji gelas boleh dilihat separuh kosong atau separuh penuh, demikianlah cara manusia menafsirkan apa yang ditonton, dilihat, didengar dan dibaca.

Sulit menyelesaikan masalah pergaulan antara lelaki dan perempuan dan cabang-cabangnya dengan memberikan kata putus hitam atau putih, yes or no, halal atau haram. Bukan kerana agama kita miskin definisi tetapi kesulitan itu terdorong oleh cara berfikir.... mari renung sejenak hadis di bawah :

Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata:

" Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas. dan diantara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (samar,tidak jelas) yg tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Sesiapa yang brehati-hati dengan hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan. Ketahuilah setiap raja ada tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-NYA. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah dia itu adalah HATI" (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka, melalui hadis tersebut jelas membentangkan bahawa setiap sesuatu yg menjurus kepada haram adalah haram lantas sesuatu yg dibenarkan atau sememang dihalalkna membawa kepada perbuatan yang halal.

Muslimin dan muslimat Apa sahaja yang mendorong kamu ke arah maksiat semua itu harus dihindarkan hinggalah saat di ijabkabul menjadi pasangan yang sah zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....