Buat Pencuri Cinta Dunia
Assalamualaikum….
Semoga rahmat Allah selalu tercurah untumu
Tak pernah aku mahu berbasa basi jika punya suatu keinginan. Namun ada baiknya diriku meminta maaf kerana lancang menulis bait-bait ini…Entah apa yang kurasakan saat ini… Hari-hariku kian mendadak terganggu oleh bayangmu. Astaghfirullah al azim. Jika ku jauhi seakan kian mendekat untuk menyentuh.
Demi nama Tuhan yang indah, aku berharap dapat menjadi bidadari pemdampingmu, menjadi sayap kiri perjuangan mu, merajut hari-hari bersamamu, melewati berbagai-bagai alur nyanyian di perjalanan melintasi panas dan hujan serta menembus siang dan malam dalam satu ikatan suci yang dianjurkan Nabi SAW.
Wahai Pencuri cinta Dunia…
Telah kau curi cinta Tuhan dengan segala sikap rendah hatimu serta teguhnya perjuanganmu dalam menyedarkanku ibu tercinta. Jangan kau sesal seandainya semua makhluk-NYA akan berbondong-bondong mengharapkan cinta daripadamu. Itu kerana Tuhan menjatuhkan rasa cinta-NYA kepadamu. Nyata benar jika DIA sudah membuka hijab cinta-NYA, lalu memberikan cinta itu kepada hamba pilihan-NYA.
Wahai pencuri cinta….
Aku ingin belajar daripadamu. Ingin belajar menjadi pencuri cinta sejati yang benar-benar dapat membuatkan Tuhan terpesona hingga rela menebarkan cinta-NYA. Ajari aku cinta yang dalam setiap ibadahku. Ajariku aku cinta yang sebenar-benarnya hingga aku memerlukan DIA saja…
Habibi, pencuri cinta…..
Seribu bidadari berkeliaran di sekelilingmu, maka ambillah satu. Pilihlah yang menurutmu terbaik dan istimewa kerana pilihan hati yang dipenuhi cahaya iman tidak akan pernah salah. Tapi demi Dzat yang menggenggam selembar nyawaku, aku ingin menjadi yang terpilih. Maka tunjukkanlah satu cara hingga aku dapat bersinar dihadapanmu.
Wahai pencuri cinta fana…
Membuatmu menangis, aku sangat tidak mampu. Membuatmu melamun, aku sangat tak mahu. Aku ingin membuatmu tersenyum dalam indahnya kasih sucimu, Rasanya, itulah akhir perjalanan hidupku. Setelah itu tak mahu lagi kudapatkan cinta yang lain. Aku ingin mendampingimu dalam menyibukkan diri mengingati Tuhan semesta alam. Telah ku sematkan namamu dalam setiap hembusan doaku….
...........................................................................................
“Allah… Kaulah Penolong sejatiku. Namun aku seperti seorang penyelam yang tersesat di kedalaman samudera. Setiap kali ku dekatkan diriku kepadaMU, lagi-lagi cubaan itu dating. Sungguh aku takut kafir Ya Allah. Ku sedari imanku lemah. Kau ambil dunia daripadaku demi keagunganMU, aku pun ikhlas. Tapi Demi keagunganMU pula, jangan Kau ambil cinta yang mulai tertanam dalam hatiku agar aku dapat bertahan dalam kejamnya hidup. Kau satu-satunya pelarianku. Ku percaya di-sisiMu terdapat rahmat yang sempurna….satukan hatiku kepada dia yang menyintaimu seperti mana pengemis kasihMU ini senantiasa menagih cintaMU….AMin”
No comments:
Post a Comment