topbella

Sunday, October 24, 2010

Di Sebalik Kabus

Umaira tahu.  Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.  Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam.  Allah tahu.  Allah maha tahu.  Adam tidak betah keseorangan.  Lalu terciptalah Hawa.  Hawalah penyeri.  Hawalah penghibur.  Hawa jua racun berbisa.  Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.  Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa.  Lantas dicampakkan ke dunia.  Dunia yang penuh kekejaman.  Penuh noda.  Penuh sengsara.  Itulah wanita.  Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya.  Adam jatuh kerana Siti Hawa.  Habil, dan Qabil berbunuhan kerana  hawa.  Bill Clinton  menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa.  Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Umaira mengenali Nazri sejak berada di kampus.  Tidak siapa mengenali lelaki itu melainkan dirinya.  Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi.  Ya...Nazri memiliki peribadi yang boleh dibanggakan.  Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis.  Rambutnya lurus, setiap kali berbicara suka meletakkan tapak tangannya di dada tanda kerendahan hati.  Mukanya bersih disinari cahaya.  Bibirnya merah, sebagai tanda  tidak merokok.  Nazri  pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro...  Tetapi, bukan itu alasannya.  Bukan itu puncanya.  Ilmu...  Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya dan jua kematangan diri sebagai lelaki terserlah. 

Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu.  Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu.  Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

Namun, tak semua apa kita hajati akan tercapai… semuanya hanya bersifat sementara
………………………………………………………………………………..
Mac 2009
“mai… jum kita keluar pagi.. dah lama rasanya kita tak keluar ke Bandar….” Sahabatku ein menyapa.
Akhirnya setelah puas dipujuk,aku mengalah jua. Setelah penat berjalan, aku terduduk tersadai berhampiran tembok di dalam sebuah pusat membeli belah sementara menanti sahabatku yang lain masih bersemangat mencuci mata di dalam pusat membeli belah. Dalam liar mataku memerhati gelagat manusia, lamunan ku terjaga dek sapaaan seorang jejaka.
Bersahaja, berseluar jeans lusuh… ber T-shirt polo warna violet dan berkasut hush puppies. Wajahnya tenang, bersih dan ada kedamaian menatap wajahnya.
“Boleh saya duduk di sini…..” sapanya sebagai mukadimah bicara. Aku Cuma mengangguk dan senyum tanda membenarkan. Aku terus melilaukan mata melihat persekitaran. Ish, mana agaknya mereka ni pergi. Jenuh aku menunggu. Rungutku dalam hati.
“Lamanya cik duduk di sini.. cik tunggu siapa dan buat apa…”
“hm, takde ape. Tengah tunggu kawan…..”
Aku terus membisu. Eh.. mamat ni berani pula menegur aku, entah-entah ada muslihat nak pancing aku. Tanpa sebarang permintaan, dia mula bersuara memperkenalkan dirinya. NAZRI… Ya Nazri itulah namanya. Hampir setengah jam berbual kosong, ada sesuatu yang aku sendiri tak pasti yang begitu istimewa tentang dirinya. Nazri.. akan adakah pertemuan kali kedua setelah perpisahan hari ini ???
…………………………………………………………………………………………
Mei 2009
“Umaira, Nazri dah kat aiport ni.. Nazri harap bila nazri dah takde di sini, Umaira jaga diri baik-baik ye, jangan lupa solat, jadi anak yang solehan buat Ibu, dan yang penting, Nazri harap Umaira dapat habiskan peperiksaan akhir ini dengan jayanya. Buat seketika lupakan Nazri, utamakan pelajaran. Nazri sentiasa doakan Umaira. Muslimah Umaira tetap di hati Nazri selagi hayat dikandung badan. Jujurnya Nazri amat menyayangi Umaira………..”
Begitulah antara bait-bait akhir yang di ucapnya. Tamat perbualan aku terus menghempaskan telefon bimbit. Aku meraung dalam esak tangisan yang meruntun jiwa. Nazri, Umaira sayangkan Nazri jua.
………………………………………………………………………………………………
Walau berjauhan… tak pernah memadamkan ingatanku terhadap Nazri. Satu-satunya lelaki yang telah Berjaya mencuri hatiku. Di kampus aku sering dikatakan sombong dan jarang bergaul meski bersama kaum hawa sekalipun, aku lebih senang memilih jalan untuk keseorangan.
Adakalanya, bila berkesempatan Nazri pasti akan menelefonku, bertanya khabar, berkongsi cerita suka dan duka, gelak dan memenangis bersama walau hanya melalui perbualan di telefon. Itulah keunikan kasih yang tersemai antara aku dan dia. Nasihatnya menjadi pembakar semangatku meneruskan hari-hariku.
Setelah tiga bulan terpisah, Nazri mengkhabarkan padaku yang bisa membuat hatiku berlagu riang.
“Umaira… minggu depan Nazri akan terbang ke Sarawak. InsyaAllah, nazri akan shut-down kat sana tiga hari. Nazri tak sabar nak jumpa Umaira…..”itulah ungkapan ceria yang dikhabarkan oleh Nazri.
Setiap hari aku menghitung hari menanti kedatangannya…. Seawal jam 8.30 pagi, aku mendapat pesanan ringkas darinya…
“Mai, Nazri dah sampai. Petang nanti, kita jumpa ye. Nazri kena siapkan kerja dulu pagi ni. Habis kerja, Nazri jumpa Mai…”
…………………………………………………………………………………………………………
Aku menghabiskan masa bersama Nazri, Alhamdulillah kebetulan jadual kuliahku kosong. Seperti janjinya, Nazri datang menjemputku. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hatiku melihat dirinya menyambutku dengan salam dan senyum yang tak pernah pudar dari bibirnya. Tiga hari bersamanya cukup membahagiakan, melayan karenah kelakarnya cukup menghiburkan..
Namun masanya telah tiba….
Saat di dalam kelas menghadiri kuliah, aku Cuma berbalas mesej dengan Nazri. Hatiku digigit pilu mengenangkan sekali lagi aku terpaksa melalui perpisahan dengannya seperti apa yg aku rasa tiga bulan lepas. Antara mesej terakhirnya yang menjadi pengubat rindu….
………………………………………………………………………………………..
“Maira, Nazri hrp mai jaga diri baik2 disana tau. Nazri akan sentiasa merindui mai selagi jasad dikandung badan. Nazri gmbra ngan khadiran Mai dlm hidup ini. Masa yg dberi memang xmcukupi buat Nazri bsama Mai. Love u sayang”
“Sayangku Umaira, apakah yg mnyebabkan Mai amt menyayangi Nazri?”
“Sayang..Nazri sedih nak tinggalkan bumi cinta Sarawak ni tau. Coz dcni Nazri ada org yg Nazri sygi. Kalau bleh nak je Nazri absent flight teghari nanti…”
“Skrg pun Nazri nak mngalir airmata bila dgr Mai ckp mcm2… Nazri xmampu nak tahan dugaan nie. Mai da free? Bleh Nazri tel x?”
“Kejap lg Nazri tel, nak p kat Kapal. Lov u”
Sebelum berangkat Nazri mengubungiku, katanya dia sudah di dalam pesawat, aku tak mampu menahan airmata. Tumpah dan terus berlinangan. Nazri Cuba meyakinkan aku bahawa nanti dia pasti akan kembali menemui aku. Tapi…. Bila???? Kami sendiri tiada jawapan yang pasti.
“Sayang… dok kat luar tengok kapal Nazri. Nazri nak fly p Subang. Klu ada umr pjg. InsyaAllah kt pasti akn bjumpa lg. Nazri doakan, Mai gmbira selalu. Jangan lupa tgok kapal Nazri tau, kalau tgok nanti mesej Nazri ye…”
Seperti yang di suruh aku menanti di anjung dewan kuliah. Sekali lagi airmataku tumpah melihat pesawat yang diterbangkannya meninggalkan aku bersendirian, sepi, kosong. Aku menatap pesawat tersebut hingga lenyap dari pandangan… jauh dan semakin jauh meninggalkan aku.
…………………………………………………………………………….
Nazri itulah orangnya. Seorang juruterbang berkelahiran Johor Bharu. Dia tak pernah bangga dengan kerjayanya, sangat prihatin mengambil berat, mudah sensitif tapi berjiwa kental. Tabah dan kuat semangat. Tak pernah merungut setiap apa yang datang menduga. Banyak rahsia antara kami dikongsikan bersama. Menangis dan gelak bersama menjadi rutin kami bila berkesempatan. Itu yg susah aku temui dalam diri mana-mana lelaki.
“AKU CINTA KAMU NAZRI…..” teriakku di pantai
Pagi ini, aku ke pantai untuk melepaskan keletihan. Aku mencintainya, ya aku mencintainya. AKU MENCINTAINYA!! Setiap orang yang aku cintai, pasti akan pergi meninggalkanku. Mencipta luka di hatiku. Aku tidak layak untuk mencintai dan dicintai. Semuanya menyakitkan
………………………………………………………………………………
“Ya Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang. Engkau memiliki segalanya yang tidak aku miliki. Engkau mengetahui segalanya yang tidak aku ketahui. Engkau menciptakan segalanya yang tidak mampu aku ciptakan. Engkau mengubati dan aku hanyalah perantara-Mu untuk yang sakit. Ya Allah, aku takut cintaku ini akan terjun ke jurang cinta yang sia-sia dan tidak mendapat redha-MU. Aku takut cintaku terhadap Nazri akan melebihi cintaku kepada-MU. Ya Allah, berikan petunjukMU bahawa yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Ya Allah, jika Nazri terbaik untukku maka dekatkanlah dan jika Nazri buruk untukku maka jauhkanlah. Begitu jua jika aku baik untuknya maka dekatkanlah, dan jika aku buruk dan tak sesuai untuknya maka jauhkanlah aku sejauh-jauhnya dari dia agar tidak timbul lagi perasaan cintaku kepada dirinya. Ya Allah, Engkau tahu atas segalanya dan berikan aku jalan yang terbaik. Amin ya Rabbal’alamin..”
Dulu seusai solat, butiran doa ini sering aku panjatkan. Namun segalanya musnah. Nazri pergi meninggalkanku. Tinggallah aku bersama kenangan yang pernah tercipta antara kami. Sepi hidupku sering ditemani bayangan dirinya. Hiduplah aku di jalan cinta luka…
“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, sungguh aku mencintai-MU, mencintai semua makhlukMU, dan menyayangi serta menjaga agama-Mu. Ya Allah, Engkau juga mengetahui apa yang terjadi pada diri dan perasaan hamba-hamba-MU saat ini. Aku bimbang Ya Allah. Aku bimbang tentang ingatan ku yang sukar lenyap dari mengingati Nazri, meski dia jauh meninggalkanku. Aku takut ingatanku kepada-MU dikalahkan dengan ingatanku kepadanya. Astaghfirullah. Cintaku pada Nazri telah musnah, jadikanlah kemusnahan cintaku pada Nazri membuatkan aku menjadi bertambah mencintai-MU. Aku takut jika aku jatuh cinta lagi kepada makhluk-MU, akan membuat cintaku berbelah bagi. Ya Allah berikanlah aku petunjuk-MU. Amin Ya Rabbal’alamin…”
……………………………………………………………………………………………….
“Saya terima nikahnya Umaira Aqilah binti Ahmad Hanafi dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”
Kata-kata itu terluah bagaikan mimpi. Aku masih merasakan gema suara itu bukan hanya di penjuru ruang yang dipenuhi para tamu, tetapi juga di telinga dan hatiku. Tetamu yang hadir bertasbih, kebanyakan mereka adalah keluarga terdekat dan jauhku.
Aku menatap wajah suamiku, jantungku berdegup kencang. Semua kebahgiaan di sepanjang hari ini terasa bagaikan mimpi.
“Apa yang akan kita lakukan malam ini zaujati?” bibirnya merah melakarkan senyuman. Wajahnya tersipu, mungkin kerana agak gugup.
“Abang rasa apa?”
“Abang rasa, kita seharusnya melakukan apa yang biasa oleh para pengantin pada malam pertama mereka…..”
Aku memeluk suami yang baru dinikahi. Dia menggumam tidak jelas.
“Abang nak Tanya sesuatu pada sayang.. kenapa sayang sudi berkahwin dengan abang, sedangkan ini bukan perancangan kita tapi orang tua kita?” ucapnya tiba-tiba.
“Sayang, cintakan abang kerana atas izin Allah yang membuka pintu hati sayang untuk menjadi isteri abang dunia akhirat. Luka semalam adalah kenangan dalam hidup sayang, tapi sekarang saat sayang sah menjadi milik abang, hidup sayang adalah untuk menjadi pendamping hidup abang susah dan senang. Sayang harap abang redha memperisterikan sayang.Sekarang cinta sayang hanya untuk abang.”
“Sayang yakin ke dengan abang ni dapat jadi suami yang baik untuk menjadi ketua keluarga kita?”
Aku mengangguk pasti lantas bersuara
“Abang.. kita adalah penghuni akhirat yang menjadikan dunia sebagai tempat berbulan madu pernikahan kita dan setelaah itu kita akan kembali ke sana.”
Suamiku merangkul tubuh kecilku. Perlahan-lahan kami menyingkap rahsia kesucian cinta dan mengintai keindahan syurga bersama. Ketika Azan Subuh berkumandang syahdu, kami bangun dan mengucap syukur atas limpahan kurnia-NYA.
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin nusyur.”
Setelah mandi, suamiku mengimamkan solat berjemaah pertama dalam rumahtanggaku. Seusai solat, aku tersenyum dan melangkah ke jendela. Membuka sedikit dan menghirup nafas dalam-dalam.Selamat tingga kenanganku Nazri. Pagi yang indah. Udara segar bersih tanpa kabus jerebu. Sebentar lagi matahari pagi akan bersinar. Apa yang terjadi di dunia, tak ada yang pernah berakhir sempurna. Kerana suka duka tak pernah abadi, dan hari esok selalu menjadi teka teki. Kita hanya mampu merancang dan meneka. Tak ada yang tahu apa yang akan terjadi hari esok.
……………………………………………………………



No comments:

Post a Comment

Tentang penulis

My photo
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah Kau di gelar sebagai penyeri dunia... hadir mu melengkap hubungan manusia... bukan saja dirindui yang biasa... malah adam turut sunyi tanpa hawa... akalmu senipis bilahan rambut... tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu... jua hatimu bak kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Tercipta engkau dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk di alasi... bukan dari kepala untuk di junjung... tapi dekat di bahu untuk dilindung... dekat jua di hati untuk di kasihi... engkaulah wanita hiasan duniawi....